Nurul Wahab akan menamatkan zaman solonya dengan jejaka Perancis Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp pada 6 Jun ini/hari ini
Lebih istimewa lagi apabila majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman 200 tetamu yang datang dari pelbagai bangsa pada hari berkenaan.
Nurul Wahab berkata acara pernikahnnya itu nanti akan diacarakan oleh personaliti TV dan penulis lagu, Shah Shamsiri serta teman rapatnya Ieda Moin menggunakan tiga bahasa.
“Shah Shamsiri merupakan kenalan saya dan dia sememangnya fasih dalam bahasa Perancis dan juga Inggeris. Manakala Ieda Moin akan menjadi pengacara bersama Shah Shamsiri menggunakan Bahasa Melayu.
“Daripada apa yang saya dengar dari Shah Shamsiri, inilah pertama kali majlis perkahwinan selebriti tempatan yang menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis dalam satu masa,” katanya cukup teruja.
Bakal diijab kabulkan sekitar jam 10.30 pagi di Dutches Place, Jalan Ampang, Nurul Wahab berkata perasaannya kini bercampur gembira dan gementar untuk menanti hari bahagia berkenaan, apatah lagi mahu memastikan semuanya berjalan dengan lancar.